kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Saturday 22 October 2011

Cuba Teka

  1. Pasukan Bola manakah yang suka pedas?
  2. Semakin kita potong, ia semakin tinggi...Apakah ia? 
  3. Kenapa burung terbang bawa makanan pakai mulut ?
  4. Bandar apa tiada rumah, sungai  tiada air, dan hutan tiada pokok?
  5. Kalau kita campak batu dalam sungai kenapa ia tenggelam?
  6. Andai kata kamu terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana satu tutp dulu?
  7. Apakah benda yang kita potong tetap akan panjang?
  8. Banyak -banyak kotak, kotak apa yang tal diangkat?
  9. kalau kapal terbang masuk gua keluar di mana?
  10. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
  11. Banyak-banyak daun , daun apa yang tak dak dahan ?
  12. Binatang Apa yang tak dak kaki ?
  13. Semasa kecil dia segan, apabila dah besar dia tak malu? Apa bendanya tu ?
  14. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
  15. Bilakah sebaiknya pintu di buka ?
  16. banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut ?
  17. Jam apakah yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan?
  18. Rumah apa orangnya ramai tapi sunyi?
  19. Apa yang mengejar tidak berkaki dan di kejar tidak berekor?
  20. Semasa kecik ia kuncup, tetapi apabila dah besar terbangnya tinggi?
Jawab dulu baru tengok jawapan.....ha tu baru champion......


jawapan:

  1. Brazil sebab mereka selalu sebut samba a.k.a sambal
  2. kaki seluar
  3. kalau bawa pakai kepak macam mana nak terbang
  4. Peta
  5. Sebab batu tak pandai berenang
  6. Hidung
  7. Kacang panjang, takkanlah dah potong nak panggil kacang pendek
  8. Kotak penalti
  9. Keluar  Suratkhabar
  10. Sebab kalau ia angkat dua kaki, dia jatuh
  11. Daun terup
  12. Ular
  13. Kuntum  Bunga
  14. Milo
  15. Ketika ia tertutup
  16. Ikan kembung
  17. 'Jam Kidal
  18. Rumah mayat
  19. Ular dan katak
  20. Belon

Sunday 16 October 2011

Poligami Rasullullah Bukan Ayat-Ayat Cinta


Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:
  1. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
  2. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
  3. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
  4. Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda,

“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

Kisah yang lain apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim : 1-4)
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (daripada Hafshah).

Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

Kesimpulannya

Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).

Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.

Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yang mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.

Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.

Marilah kita berfikir sejenak…

Sumber : Portal Islam Murabbi Dot Net

HARI TERAKHIR BEKERJA DI SINI

Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di sini, sebagai Penyelia IT PJL  Masjid Kg.Padang Nyior.
sedih juga nak tinggal tempat ni, tapi apakan daya inilah di namakan takdir dari Illahi....Insyaalah bila aku masuk tempat baru  di Perpustakaan Sekolah Barokhas nanti aku akan membiasakan diri di sana pulak....... tapi aku tak risau aku masih boleh berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan aku lagi...just tukar tempat keja jer...hehehe....tak lah sedih sangat... namun aku pasrah agar di berikan keberkatan dan kesabaran untuk menempuh pekerjaan baru ini nanti... bak kata pepatah pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan...aku bukan nak lari jauh pun dekat jer....
Harap-harap mulai esok aku happy dan dapat bekerja dengan tenang dan penuh kesabaran dalam menempuhi cabaran di tempat baru nanti...
Amin..................................

Hukum Perancangan Keluarga

Hukum Perancangan Keluarga

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?
Oleh Jamaal Zarabozo
Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos, Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.
Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;
Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”
-Surah ar-Ra’d, 38-
Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,
أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”
-Surah al-An`am, 90-
Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda bersabda;
“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita. Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”
Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;
“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-
Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل
“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”
-Surah An-Nahl, 72-
ALLAH juga berfirman,
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
-Surah Al-Kahfi, 46-
Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام
“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”
-Surah al-An’am, 151-
ALLAH juga menegaskan;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”
-Surah al-Isra’, 31-
Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;
  1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
  2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
  3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.
Sumber : www.themodernreligion.com

Dedah Aurat Ketika Bersalin

Dedah Aurat Ketika Bersalin

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?
Dijawap oleh Ustazah Sakinah
Jawapan : Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.
Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.
Wallahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...