kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Sunday 23 June 2013

APA ITU MASHMELOW? RAHSIA DI SEBALIKNYA........BOLEH MENGUBATI SAKIT TEKAK

 



Anda pernah merasa mashmelow ? ia mempunyai rasa yang sedap...kanak -kanak lebih lagilah menyukainya......Dalam bahasa Inggeris ia di eja dengan ' Marshmallow'. mashmelow ialah sejens manisan seperti gula getah yang lembut dan dimakan begitu shaja ataupun disalut dengan colat cair. Kalau di negara Barat, mashmelow dibakar dan ia dicucuk di hujung ranting ataupun kayu. Kemudian ia dibakar di atas api ( unggun api). Kegiatan membakar mashmelow seperti ini biasa di lakukan sewaktu berkelah dan ia amat popular  di kalangan orang Barat.
                Jika anda ke hotel dan manikmati hidangan buffet pasti akan terlihat mashmelow yang dihiasi dalam baling dan ia biasa dimakan dengan coklat cair. Manisan jenis ini agak popular di Barat dan kurang popular di kalangan orang kita.
                Mashmelow di perbuat daripada gula, sirap jagung, air, gelatin esen vanilla , pewarna , sejenis bahan dinamakan dextrose serta putih telur.  Mashmelow di katakan boleh menyembuhkan batuk dan radang tengkorak kerana adanya dextrose. Dextrose adalah bahan yang diperoleh daripada sejenis pokok bunga mashmelow.
                Sejarah awal dunia perubatan tradisional mendapati akar pokok mashmelow yang menghasilkan Althaea Officinalis  boleh menyembuhkan sakit tekak. Ia digunakan sejak zaman kuno Mesir dan ia dimaan bersama madu.              
                Kemudian mashmelow diperkenalkan oleh orang perancis , mereka menamakan nya ‘ guimauve’ yang diperbuat dari putih telur dan di campur sedikit esen ros , buah kurma bagi menghasilkan rasa manis, estrak akar pokok mashmelow , kekacang dan madu.
                Pada kurun ke – 19 , mashmelow mula diperkenalkan secara kormesial di Perancis dan proses pembuatannya dipelbagaikan.  Manakala pada tahun 1948 pula, mashmelow mula diilangkan oleh  Alex Doumak dari Amerika.
                Mengenai kasih pokok mashmelow, ia mula tumbuh sejak zaman Greek dan dinamakan Althea yang bermaksud ‘ memulihkan’. Pokok ini mula menghasilkan bunga pada bulan Jun, Julai dan awal bulan Ogos iaitu pada musim panas.
                Ia banyak tumbuh liar di kawasan kaki gunung, tepi sungai dan tepi jalan, bunga dan daunnya dipetik pada musim panas, tetapi akarnya dicabut pada musim luruh.
Akar pokok itu direndam dan dicuci bersih dan dikeringkan . akar itu akan menghasilkan 35 peratus betaine, pectins, asparagines dan mucilage. Proses hidrolisis yang dijalankan ke atas mucilage akan menghasilkan pentose dan dextrose yang dicampurkan dalam manisan mashmelow sebagai herba yang boleh menyembuhkan sakit tekak.
                Selain sakit tekak, dextrose juga baik untuk natuk berpanjangan, dan melegakan pernafasan dan pemulihan sakit paru-paru.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...