Magis angka 7
Angka 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi
Allah. Malah angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan
bumi. Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri dari 7
lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi.
Angka 7 disebut pertama kali dalam surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi :
" Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu,
dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan jadikan-Nya tujuh langit dan
Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam surah an-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi:
" Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh."
Di antara permulaan surah al-Baqarah sehingga surah an-Naba',
nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. Surah al-Fatihah yang merupakan
penghulu segala surah juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.
Rukun solat ke 7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7
anggota tubuh mencecah bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan,
dua lutut dan dua kaki. Juga, solat diperintahkan apabila kanak-kanak
mencapai usia 7 tahun.
Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat
raya. Manakala ayat tentang kiamat dalam al-Quran disebut sebanyak 77
kali. Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sai,
melontar, dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.
Jangan lupa, Allah menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.
Dalam kehidupan manusia pula, pelbagai keistimewaan angka 7
digunakan. Ada 7 hari dalam seminggu. Di kategorikan 7 benua dan 7
lautan di bumi.
Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai "safe prime"
iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permaasalahan kira-kira
yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor
sepunya.Jangan lupa ya juga, heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.
Keindahan pelangi terdiri daripada 7 warna.Terdapat 7 atom
karbon dalam setiap molekul heptana.Angka 7 juga adalah nilai 'nuetral'
antara sifat asid dan alkali.Manakala atom di dalam nitrogen diwakili
dengan nombor 7.Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepala
mempunyai 7 'cervical vetebratae'
Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini.Ia bukan semata-mata unik,
malah mengandungi hkmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh
akal manusia.
Sumber : Majalah Mastika, Feb 2013
p/s: setiap yang Allah jadikan pasti ada tujuan dan hikmahnya termasuklah pada nombor mahupun abjad..