Anda pernah merasa mashmelow ? ia mempunyai rasa yang sedap...kanak -kanak lebih lagilah menyukainya......Dalam bahasa Inggeris ia di eja dengan ' Marshmallow'.
mashmelow ialah sejens manisan seperti gula getah yang lembut dan dimakan begitu
shaja ataupun disalut dengan colat cair. Kalau di negara Barat, mashmelow
dibakar dan ia dicucuk di hujung ranting ataupun kayu. Kemudian ia dibakar di
atas api ( unggun api). Kegiatan membakar mashmelow seperti ini biasa di
lakukan sewaktu berkelah dan ia amat popular di kalangan orang Barat.
Jika
anda ke hotel dan manikmati hidangan buffet pasti akan terlihat mashmelow yang
dihiasi dalam baling dan ia biasa dimakan dengan coklat cair. Manisan jenis ini
agak popular di Barat dan kurang popular di kalangan orang kita.
Mashmelow
di perbuat daripada gula, sirap jagung, air, gelatin esen vanilla , pewarna ,
sejenis bahan dinamakan dextrose serta putih telur. Mashmelow di katakan boleh menyembuhkan batuk
dan radang tengkorak kerana adanya dextrose. Dextrose adalah bahan yang
diperoleh daripada sejenis pokok bunga mashmelow.
Sejarah
awal dunia perubatan tradisional mendapati akar pokok mashmelow yang
menghasilkan Althaea Officinalis boleh
menyembuhkan sakit tekak. Ia digunakan sejak zaman kuno Mesir dan ia dimaan
bersama madu.
Kemudian
mashmelow diperkenalkan oleh orang perancis , mereka menamakan nya ‘ guimauve’
yang diperbuat dari putih telur dan di campur sedikit esen ros , buah kurma
bagi menghasilkan rasa manis, estrak akar pokok mashmelow , kekacang dan madu.
Pada kurun
ke – 19 , mashmelow mula diperkenalkan secara kormesial di Perancis dan proses
pembuatannya dipelbagaikan. Manakala
pada tahun 1948 pula, mashmelow mula diilangkan oleh Alex Doumak dari Amerika.
Mengenai
kasih pokok mashmelow, ia mula tumbuh sejak zaman Greek dan dinamakan Althea
yang bermaksud ‘ memulihkan’. Pokok ini mula menghasilkan bunga pada bulan Jun,
Julai dan awal bulan Ogos iaitu pada musim panas.
Ia banyak
tumbuh liar di kawasan kaki gunung, tepi sungai dan tepi jalan, bunga dan
daunnya dipetik pada musim panas, tetapi akarnya dicabut pada musim luruh.
Akar pokok itu
direndam dan dicuci bersih dan dikeringkan . akar itu akan menghasilkan 35
peratus betaine, pectins, asparagines dan mucilage. Proses hidrolisis yang
dijalankan ke atas mucilage akan menghasilkan pentose dan dextrose yang
dicampurkan dalam manisan mashmelow sebagai herba yang boleh menyembuhkan sakit
tekak.
Selain sakit tekak, dextrose
juga baik untuk natuk berpanjangan, dan melegakan pernafasan dan pemulihan
sakit paru-paru.