kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Tuesday, 13 May 2014

DUA AKAR BERBEZA

Ada seorang tukang kebun. Dia menanam dua nak pokok sama di kawasan yang sama. Perbezaannya hanyalah bagaimana cara dia menjaga kedua-dua anak pokok tersebut.
    Anak pokok pertama di siram secara rutin setiap pagi dan petang. Manakala anak pokok kedua hanya di siram setiap dua hari sekali. Begitulah dia menjaga kedua-dua pokok  itu sehingga ia mula membesar.
     Beberapa bulan kemudia, tukang kebun ingin menguji kekuatan akar anak pokok yang di tanamnya dahulu. Dia menarik keluar yang pertama pokok yang disiram dengan air setiap hari. Tidak sampai seminit, akar pokok itu tercabut dari tanah. Sungguh mudah.
     Kemudian, dia cuba pula mencabut pokok yang kedua. Namun, agak sukar kerana akarnya begitu kuat mencengkam kedalam tanah. Pekebun itu perlu mengalirkan sekuat tenaga untuk menariknya keluar. Hanya setelah beberapa minit, barulah ia tercabut.
     Mengapa pokok yang selalu disiram dan tumbuh subur lebih lemah  berbanding pokok yang dianaktirikan? Begini pokok pertama sejak mula dimanjakan dengan air sehingga akarnya tidak pernah berusaha untuk masuk lebih jauh kedalam tanah. Akarnya lemah dan rapuh.
     Manakala pokok yang kedua pula kerana mendapat jumlah air yang sedikit , akarnya terpaksa berusaha lebih keras mencari sumber air hingga ia bergerak jauh ke tanah. Secara tidak langsung , ai menjadikan akarnya lebih kuat kerana berjuang untuk terus hidup.
     Sudah faham perbandingan di atas? Tidak?Hmmmm........senang cakap, jangan manjakan diri dengan mengharapkan sesuatu daripada orang lain. Jangan biarkan diri anda dimanjakan dan hanya tahu mengharap tanpa berusaha, sebaliknya belajar untuk berjuang agar tumbuh menjadi orang yang kuat. Jangan sekadar harapkan pemberian orang atau subsidi saja ya. Oppss! jangan terasa pula..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...