KUIH KOCI LABU
Kuih Koci Labu
Bahan utk doh:
Sekampit tepung pulut (500gm)
3/4 cawan puree labu (labu direbus smpai empuk n dilecek)
1/2 cawan santan
Garam
Air secukupnya
1. Satukan puree labu n santan,masukkan ke dalam bekas berisi
tepung,tuang air yg dh dicampur garam sedikit demi sedikit,uli sehingga
adunan menjadi doh..
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Bahan utk inti:
Kelapa masak,diparut ambil putih shj
**kelapa masak=kelapa tua yg kulitnye masih kehijau-hijauan
Gula melaka
Gula pasir
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya
1. Di dalam kuali,masak gula merah,gula pasir,garam n daun pandan dgn
sdikit air..Bila gula dah larut sepenuhnya,tapis keluar segala
bendasing..
2. Masukkan kelapa parut n kacau sehingga gula menyaluti keseluruhan kelapa..sentiasa kacau sampai inti agak kering..
3. Bila inti hampir kering,tabur tepung gandum n teruskan
mengacau..tutup api apabila inti sudah masak..(tujuan tepung gandum
digunakan adlh spy inti likat n mudah utk digentel bulat2)
4. Sejukkan inti n bolehla digentel bulat2..
**sediakan inti terlebih dahulu br la mengadun tepung doh utk koci..
*-*-*-*-*-*
Bahan utk dadih santan
1 1/2 cawan santan cair
1 sb tepung gandum
2 sb minyak masak
Garam secukup rase (utk tmbahkan lemak)
Daun pandan
1. Bancuh kesemua bhn,tapis ke dalam periuk..
2. Didihkan bahan2 di atas menggunakan api kecil,sentiasa dikacau dan pastikan adunan tidak berketul..
3. Apabila dadih hampir pekat,tutup api.pastikan dadih tidak terlampau pekat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara2 menyediakan kuih koci
Versi 1 (Kukus):
Ambil sedikit doh,leperkan dan letak inti yg telah digentel
bulat..tutup inti dgn doh,bulatkan n celup ke dalam dadih
santan..Bungkus doh tersebut di dalam daun pisang dan atur di dalam
periuk kukus..kukus koci selama 15-20 minit di dalam periuk kukusan yg
telah dipanaskan terlebih dahulu..angkat n sejukkan..Sedia dihidang.
Versi 2 (Rebus):
Jerang air di dalam periuk,biarkan mendidih..Ambil sedikit doh,leperkan
dan letak inti,kemudian tutup inti dgn doh..rebus doh tersebut dlm air
mendidih n biarkan sampai doh timbul (mcm buat kuih melaka)..Angkat dan
toskan doh yg telah masak n masukkan ke dalam dadih santan..golek2kan
kuih supaya dadih menyalut kuih sepenuhnya n bungkus seperti biase
menggunakan daun pisang..boleh terus dinikmati..
**sy prefer versi 2 kerana lebih cepat, mudah n bungkusan nmpak lebih kemas..kuih koci juga tahan lebih lama..
selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment