kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI
Showing posts with label KETOKOHAN. Show all posts
Showing posts with label KETOKOHAN. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

AL-RAZI( 864M – 930M)


Nama sebenar : 

Abu Bakar Mohammad  Ibnu Zakariya Al-Razi.
·         Beliau di lahirkan di bandar Rai, Utara Iraq.
·         Beliau merupakan tokoh yang terulung dalam bidang perubatan Islam.
·         Di kenali sebagai Bapa Para Doktor.

Ketokohan  Al-Razi
Pada awalnya , Al-Razi sangat berminat dalam bidang muzik tetapi selepas beliau menumpukan perhatian dalam perubatan, matematik, astronomi, kimia,da  falsafah. Merupakan anak murid kepada Hunayn Ibnu Ishaq( al-Balkhi)

Bidang perubatan
·         Kebolehan dan kepakaran al-Razi telah meletakkan beliau sebagai Pengarah di Hospital Diraja Rai.
·         Semasa di Baghdad, beliau turut memengang jawatan Pengarah Hospital Muktadari dalam jangka masa yang agak panjang.
·         Diriwayatkan, ketika Khalifah Harun Ar-Rashid ingin membina Hospital Al-Mansuri di Baghdad, al-Razi turut terpilih antara 50 orang calon untuk memengang jawatan sebagai pengarah hospital tersebut.
·         Ketokohan beliau dalam bidang perubatan tidak dapat dinafikan lagi hingga beliau di beri gelaran Gale Arab.
·         Gale ( Galinous ) merupakan seorang pakar bedah Yunani yang hidup antara tahun 131 -201M.
·         Buku –buku yang ditulis oleh Al-Razi masih menjadi perdebatan di Eropah. Doktor-doktor Eropah menyifatkan beliau sebagai cendiakawan yang berpengang kepada penelitian yang mendalam dan menjalankan uji kaji secara menyeluruh dalam sesuatu aspek perubatan sehinggakan setiap eksperimennya itu masih boleh dianalisa dan diuji mengikut secara moden.
·         Al-Razi merupakan orang yang pertama yang dapat membezakan antara penyakit colitis dengan memulas perut dan antara cacar dengan campak. Penemuan ini meruapakan sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang perubatan.
·         Al-Razi juga merupakan pakar bedah. Beliau orang yang pertama menggunakan ubat bius yang berupa candu sewaktu membedah pesakit suapaya pesakit tidak berasa sakit ketika di bedah.
·         Beliau turut mencadangan agar ubat-ubatan perlu diuji terlebih dahulu kepada binatang sebelum diberikan kepada pesakit bagi mengelakkan kejadian tidak diingin berlaku seperti kematian.
·         Ketika mengubati pesakit , al-Razi mengabungkan 2 kaedah perubatan iaitu kaedah psikologi dan rawatan. Bagi beliau, pesakit perlu memastikan pesakit benar-benar sakit sebelum memberi perawatan. Pesakit yang hanya dipengaruhi oleh emosi dan perasaan akan lebih memudaratkan kesihatannya.

Bidang Kimia
·         Penglibatan al-Razi dalam bidang perubatan secara tidak langsung menjrus beliau ke dalam bidang kimia.
·         Bagi memudahkan kerja-kerja nya al-Razitelah menghuraikan ilmu kimia kedalam tulisannya.
·         Antara kitab ilmu kimia ialah Kitab al-Asrar.  Buku ini mengandungi penyediaan bahan kimia dan penggunaannya kertika merawat pesakit dan diterjemahkan ke dalam bahas Latin dengan Nama Liber Experimentorum.
·         Al-Razi meruapakan orang yang pertama mengasingkan bahan-bahan bagi tumbuh-tumbuhan , bianatang dan mineral yang akhirnya mewujudkan pula pembahagian kimia iaitu kimia organik dan kimia tidak organik.
·         Beliau juga meruapakan ahli kimia yang pertama yang menghasilakan alkohol melalui proses penapaian produk-produk manis. 

Bidang Falsafah
·         Berguru dengan al-Balkhi dalam bidang falsafah, beliau juga sangat terpengaruh dengan dua orang ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Socrates dan Galinous.
·         Banyak tulisan beliau dalam bidang falsafah telah memperkatakan tentang asas perdebatan iaitu pencipta, roh, jirim, jarak dan masa.
·         Malah yang lebih terperinci tentang konsep jarak dan masa.
·         Kebanyakkan tulisan kedua-dua tokoh Yunani dikritik hebat oleh sesetangh ahli falsafah Islam yang lain, keadaan ini berlaku kerana pendapat kedua-dua tokoh Yunani itu banyak tersasar daripada landasan islam yang sebenar. Apatah lagi , Socrates sebenarnya seoarang yang tidak percayakan tentang kewujudan pencipta.
·         Akhirnya beliau menulis sebuah buku bertajuk “ Al-Mahabis Al-Syarqiah fi Ilmi Al-Ilahiyyat wal Al-Tobi`iyyat . buku ini membahaskan tentang pendapat-pendapat dari sudut kedoktoran dan falsafah yang wujud pada zamannya.
·         Selain itu, al-Razi turut menyumbang ilmu dalam bidangbidang lain seperti psikologi , matematik, astronomi dan optik. Bagaimanapun tulisan-tulisan beliau dalam bidang ini telah banyak yang hilang.

Karya ( Kitab-kitab penulisannya)
·         Al-Tib Al-Mansuri mengandungi 10 buah jilid tentang perubatan , pemeriksaan , pembedahan , ubat-uabtan, pemakanan, patah tulang, luka pemeriksaan, pembedahan , penyembuahan racun dan demam.  Kitab ini juga telah di terjemahkan di dalam bahasa latin pada abad ke-15. Sesetengah jilid buku ini turut di terbitkan ke dalam beberapa bahasa Eropah.
·         Buku Al-Judari wal Al-Hasabah pula merupakan buku pertama yang menerangkan secara terperinci tentang penyakit campak(smaal pox) dan cacar (chicken pox). Buku ini juga turut di terjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah.
·         Manafiu Al-Aghziyyah pula ditulis di dalam 19 bab. Buku ini membahaskan tentang kemudaratan dan kemanfaatan roti, air , minuman yang mabuk dan tidak memabukan. Daging, ikan, susu, buah-buahan , rempah ratus dan manisan,
·         Al-hawi meruapakan sebuah lagi buku tulisan agung al-Razi merupakan ensiklopedia terbesar tentang peruabtan pada zamannya, ia di tulis di dalam 10 jilid dan mempunyai 20 buah rencana. Ia mengandungi maklumat penting tentang kaedah perubatan dari sumber Yunani dan Arab. Selain itum buku ini turut mengandungi pandangan beliau tentang kaedah perubatan tersebut berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian beliau. Atas arahan Raja Aecili iaitu Chales Ango, pada tahun 1279m(678h) buku al-hawi tlah di terjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh seoarang Yahudi bernama Faraj bin Salim, buku tersebut di beri nama Ad Monsorum.
·         Beberapa buah buku al-Razi yang termasyhur lagi antaranya ialah Jami fi Al-Tib, Al-Malooki, Makalah fi Al-Hasat fi kuli wa Al-Mathana, Kitab Al-Qalb, Kitab Al-Mafasil, Al-Taqseem Al-Takhsir dan Ba al-Sa`ah telah di terbitkan kedalam bahasa Eropah.
·         Sebanyak 40 buah daripada tulisan beliau itu masih lagi di simpan baik di perpustakaan Iran, Paris, British, Rampur dab Bankipur.

AL-KHAWARIZMI (780m-850m)


AL-KHAWARIZMI (780m-850m)

Nama sebenar :

Muhammad Ibn Musa  Al-Khawarizmi
·         Di lahirkan di Daerah Hawarizmi (Khiwa )-Satu Daerah Ke Selatan Laut Arab pada tahun 780M dan meninggal dunia pada tahun 850M.
·         Di kenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad Bin Ahmad Yusoff.

Di kenali  di barat sebagai :
Al-Khawarizmi,Al-Cowarizmi,Al-Ahawizmi,Al-Karismi,Al-Goritmi,Al-Gorismi.

Ketokohan al-khawarizmi
·         Tokoh yang terkenal pada Zaman Tamadun Islam.
·         Terutama dalam bidang Matematik & Astronomi .
·         Beliaulah yang menemukan Al-Jabru Wal Mukobala (Penjabaran Dan Penyelesaian )
·         Diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin Menjadi Aljabar.

Bidang matematik
·         Memperkenalkan beberapa cabang Matematik, antaranya:Geometri,Algebra,Arimetik.
·         Banyak menghasilkan karya-karya yang terkenal ketika zaman Tamadun Islam.Antara karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih Al-Ulum.
·         Sistem nombor adalah sakah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman Tanadun Islam.
·         Al-khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan Aljabar dan Hisab.
·         Beliau juga Berjaya menghasilkan konsep-konsep matematik yang popular dan masih di guna pakai pada zaman sekarang.

Bidang  Astronomi
·         Memperkenalkan bidang Astronomi pada Zaman Tamadun Islam.Astronomi dapat di takrifkan sebagai ilmu yang mengkaji tentang Bintang-Bintang,Planet,Bulan,dan Matahari.Ilmu Matematik dan Astronomi sebelum Tamadun Islam amat sedikit dan terhad.
·         Al-khawarizmi banyak berjasa kerana berjaya mengembangkan ilmu yang di miliki untuk mencelikkan masyarakat dunia hari ini.Ilmu Matematik dan Astronomi hari ini amat penting jika ingin maju dalam kehidupan.



Saturday, 17 November 2012

IBNU SINA


IBNU SINA (370M-428M)

Nama sebenar :
  • Al-Husain Bin Abdullah Bin Al-Hasan Bin Ali Bin Sina,manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali.
  • ·         Ibnu Sina merupakan doktor islam yang terulung.
  • ·         Di lahirkan pada tahun 370H/980M di Afsyanah,Bukhra,Turkistan.
  • ·         Ibnu Sina Berketurunan Parsi.meninggal dunia Di Hamdan,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428h/1037m.
  • ·         Di gelar Bapa Perubatan Islam
Dikenali di barat sebagai :
Avicenna
Ketokohan  Ibnu Sina
  • Mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun.kemudian beliau mempelajari Ilmu Fekah,Tasawuf,Ilmu Hisab,Geometri,Falsafah,Sains,Dan Astronomi.Semasa berusia 16 tahun,beliau telah menguasai ilmu perubatan.
Bidang perubatan
  • ·         Ibnu Sina manjadi terkenal selepas Berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati oleh doctor yang lain.kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau di berikan gelaran Al-Syeikh Al-Rais (Mahaguru Pertama)
  • ·         Perlantikan beliau sebagai doctor rasmi istana merupakan peluang keemasan kerana beliau telah di beri kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku.
  • ·         Beliau merupakan seorang yang rajin menulis.beliau mampu menulis 50 halaman sehari dan menyusun tidak kurang daripada 238 buku dan risalah.
  • ·         Buku Al Qanun Fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593m sebelum dialih bahasakan ke dalam bahasa inggeris dengan judul Canon Of Medicine.
  • ·         Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja di perakui oleh islam tetapi juga oleh para sarjana barat.penguasaaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh dan di kagumi di seluruh dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...