kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Wednesday, 9 May 2012

KIAMAT

KIAMAT

Tahun demi tahun , ada saja ramalan mengenai kiamat, tapi ramalan demi ramalan yang dikemukan dengan fakta-fakta itu tidak pernah tepat dan menjadi kenyataan seperti yang di jangkakan. 
adakah  ini agenda Barat untuk merosakan akidah kita umat  islam? Bermacam -macam hujah yang di keluarkan oleh mereka. Kadang-kadang is mempengaruhi sesetengah orang yang mempecayai bukti dan petanda yang diramalkan itu.
Akibatnya, biarpun ramalan tersebut diperkata dengan hebatnya,  kehidupan tetap diteruskan tanpa berlakunya hari kiamat sampailah sekarang, menginjak tahun 2012. Bagaimanapun , ramalan berlakunya kiamat pada 2012 dianggap labih hebat berbanding ramalan-ramalan lain yang pernah di buat sebelum ini. Jika berdasarkan ramalan-ramalan lepas, kita sadah boleh mengketogorikannya sebagai kisah dongeng, tapi apakah ramalan 2012 termasuk kisah dongeng juga?
Ramalan ini berpunca dari suku Maya yang tinggal di semenanjung Yucuta, America tengah telah membuat perhitungan hari kiamat berdasarkan kelender suku kaum mereka (Aztec) yang bermula tahun 3113 SebelumMasihi dan berakhir pada 2012 Masihi, iaitu pada 21 Disember 2012.
Berdasarkan manuskrip peninggalan suku maya itu juga ada menceritakan pad tahun 2012 munculnya satu gelombang galaksi besar yang dikenali sebagai badai matahari mengakibatkan berlakunya cuaca panas yang melampau-lampau yang akan menyebabkan bumi ini akan terhenti.
Selain ramalan kaum Maya , ada juga pihak yang masih percaya bahawa planet X atau terkenal sebagai planet Niburu akan menghampiri bumi pada tahun 2012. Walaupun planet Nibur tidak bertembung dengan bumi tetapi planet ini di dakwa memiliki kekuatan magnetic sangat kuat yang hampir sama dengan matahari, hal ini akan mengakibatkan berlakunya ganguan gravity sehingga mampu mengoncang-goncang bumi sehingga gunung ganang hancur lebur, bangunan menyembah bumi , air laut melimpah dan manusia terbang seperti rama-rama.
Berikut adalah ramalan-ramalan tentang kiamat yang tidak menjadi tetapi pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu…..
Ramai penganut kristian yakin bahawa angka 666 ada kaitan dengan iblis, sehingggakan mereka telah meramal pada tahun 1666 akan berlakunya hari kiamat dan dunia berakhir kerana Tuhan marahkan iblis. Namun pada tahun itu kiamat tidak berlaku sebaliknya terjadi satu kebakaran besar yang nyaris melenyapkan kota London dari muka bumi,


  •  1806 – TELUR AYAM PETANDA  KIAMAT
SEORANG penternak di Leeds, England telah menemui telur ayam yan tertera pada kulitnya tulisan ` Christ is coming’  ramai orang yang telah mempercayai berita yang menggemparkan itu. Namun seorang penduduk yang merasa khuatir kesahihan berita tersebut telah memerhatikan ayam itu bertelur dan mendapati berlakunya penipuan. Telur itu di dakwa telah ditulis terlebih dahulu sebelum disumbat semula kedalam dubur ayam.
Wiliam Miller, seorang paderi Advent mendakwa beliau telah menerima wahyu bahawa tarikh berlakunya kiamat akan jatuh pada 21 mac 1843 dan 21 mac 1844. Dalam pada itu, beliau sendiri turut membuat andaian kiamat akan berlaku pada 23 April 1843. Namun, pada tarikh tersebut yang dijangkakan itu, tidak berlaku sebarang mala petaka seperti yang didakwa William. Maka  kumpulan itu telah membentuk gerakan yang dikenal sebagai Seventh Day Adventist.
  •  22 OKTOBER 1844- RAMALAB KUMPULAN MILLERITE
Seorang paderi dari kumpulan Millerrite, Samuel S.Snow juga telah meramalkan dunia akan berakhir oada 22 oktober 1844. Beliau amat yakin berdasakan petunjuk kiamat yang terdapat di dalam kitab Daniel. Tetapi kiamat tidak juga berlaku pada tanggal tersebut. Di sebabkan itu, tarikh 22 oktober 1844 dikenali sebagau ‘ the Great dissppointment’ atau ‘ Kekecewaan besar’ yang membuatkan aliran Millerite berpecah.
  •  1891- DONGENG KAUM MORMON                              
Ramalan ini dibuat oleh Joseph Smith seorang paderi dari Gereja Mormon. Beliau telah mengadakan satu perhimpuanan di gerejanya pada febuari 1835 untuk memberitahu pengikutnya bahawa Jesus akan datang dalam tempoh 56 tahun ke hadapan, dan pada hari itu akan berlakunya hari kiamat. Namun ramalanya tidak menjadi kenyataan.
  •  1901 – KOMET HALLEY                                    | discovery_date=1758 (第一次 預測 通過近日點)   | discovery_date=1758 (第一次 預測 通過近日點)
Pada tahun 1881 seorangn astronomi, mengdendalikan hari kiamat akan berlaku ddisebabkan pelanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada tahun 1910. Astronomi itu mendakwa ekor komet Halley mempuyak gas dan debu beracun yang mampu membunuh dan melenyapkan manusia yang hidup di muka bumi. Namun pada tahun itu, tiada tragedy berlaku sepertu dijangkakan.

  •  21 DISEMBER 1954- RAMALAN DOROTHY MARTIN  
Dorothy Martin mendakwa beliau telah membuat perjanjian dengan Makhluk asing dari palnet Clarion, katanya Alien  mwenghancurkan bumi dengan berlakunya banjir besar.
            Hanya orang yang beriman sahaja terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam bencana  tersebut. Tetapi, pada pukul 4.45 pagi, martin telah menjelaskan yang dia mendapat pesanan baru dari makhluk asing. Katanya Tuhan murka dengan tindakan pada pengikutnya yang banyak berubah fikiran. Tuhan memutuskan untuk membatalkan hari kiamat setelah ada manusia yang merasa was-was dengan kekuasaannya.
  •  14 JULAI 1960 – LEDAKAN BOM DI AMERIKA
Ada pihak tidak bertanggungjawab meremalakan bahawa kiamat akan terjadi pada 14 Juali 1969, pdaa pukul 1.45 petang di sebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik tentera Amerika Syarkat. Ekoran daripada berita tersebut , ada orang yang menyelematkan diri. Namun kiamat seperti yang diramlkan tidak berlaku.
  •  2 FEBUARI 1962 – RAMALAN ASTROLOGI INDIA
Seorang ahli Astrologi India  meramlakan kiamat akan berlaku pada 2 Febuari 1962 iaitu entara pukul 12:05 tengah hari hingga 12:15 tengah hari. Kononya pada saat itu dunia akan hancur lebur dan bertukar menjadi debu.

Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson membuat ramalan dunia akhir zaman akan berakhir pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran the 700 Club  pada Mei 1980 beliau menyatakan ‘ saya jamin pada akhir tahun 1982  akan terjadinya hari pengahakiman pada dunia. Dunia berakhir!” seperti yang dijangka, dunia tidak juga berakhir tetapi Pat Robertson yang meninggal dunia terlebih dahulu.
  •  1997- KOMET HALE BOPP
Pada tahun 1997, ramalan kaitakan dengan komet lagi. Kehadiran Komet Hale-Bopp yang dijumpai pada tahun 1995 bergerak menuju kea rah bumi dan diramal akan bertembung dengan bumi pada bulan Mac 1997. Sebanyak 39 orang pengikut Kristian Heaven`s Gate telah membunuh diri kerana mereka yakin bahawa UFO yang mengikut di belakang Komet  tersebut akan menyelamatkan mereka dari bencana tersebut.
  •  9 SEPTEMBER 1999- RAMALAN SYAMSURI
Seorang lelaki bernama Syamsuri mendakwa bahawa dia adalah ‘ Imam mahdi’ urusan Allah dan meramalkan pada 9 September 1999 akan berlakunya kiamat, sebelum tarikh ramalan itu tiba, beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan dihukun oenjara selama 11 bulan. Namun pada tarikh tersebut iaitu 9 -9- 1999  tiada apa-apa berlaku dan beliau sendri meringkuk di dalam penjara.
Joseph Kibwetere dari Uganda ( Afrika) iaitu seorang paderi dari  the movement for the Restoration of the Ten Commmendments of God,  meramalkan dunia akan berakhir pada 31 Disember 2000. Sebelum tarikh tersebut beliau telah mengarahkan pengikutnya berkumpul di gereja. Setelah pengikut berkumpul, beliau telah membakar gereja tersebut ketika semua orang sedang bertafakur. Sebaliknya kebakaran itu Berjaya dipadamkan, pihak polis menemui sebanyak 330 tengkorak manusia yang dipercayai oengikut fanatic Joseph Kidwetere yang terbunuh dalam tragedi itu.
Pada tahun 2000 banyak ramalan hari kiamat  telah dibuat oleh orang-orang Bagrat antaranya oleh Hal Lindsey melalui tulisannya dalam buku yang bertajuk ‘ the late, great Planet Earth  yang diterbitkan pada tahun 1970 dan  Planet Earth 2000 A:D Will Mankind Survive? (1996). Buku tersebut mendakwa dunia akan kiamat pada tahun 2000 dan persediaan masa depan mereka selepas tahun 2000.
Dongeng terakhir tentang hari kiamat ini dibuat oleh Harold Camping. Katanya , barang siapa yang mempercayai katanya akan diangkat terus ke syurga , dan mana yang tidak percayakan ramalan mereka akan tinggal dibumi seperti dalam neraka selama lima bulan sehinggga tarikh 21 oktober 2011. Pada tarikh itu Tuhan akan mehancurkan bum dengan nyalaan api neraka. 

Walaupun pelbagai ramalan dan andaian dibuat, namun kita sebagi umat Islam wajib mempercayai kepada kedatangan hari kiamat. Iaitu Rukun Iman yang keenam yang perlu diimani dan dipercayi. Lambat atau cepat , kiamat pasti akan tiba jua. Hanya orang yang leka dengan kehidupan duniawi sahaja yang akan rugi kerana hari kiamat atau kegoncangan itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang am

Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.






petikan dari Mastika januari 2012


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...