15 RAMADHAN : SERUAN DARI LANGIT
As salam, alhamdulilah syukur ke hadrat
Allah swt kerana masih memberi saya kekuatan untuk berkarya dan menulis
artikel ini. Dibulan Ramadhan yang penuh dengan baraqah ini saya
terdetik untuk menulis sesuatu yang pernah saya bahaskan sebelum ini
pada awal tahun 2011 iaitu artikel bertajuk “2012 : TARIKH KIAMAT ATAU KERAMAT”.
Sebenarnya ketika dalam merangka untuk menulis kisah terbaru bertajuk
“As Sufyani” yang bakal akan di terbit dalam bulan Ramadhan ini, saya
terpanggil untuk memuatkan satu artikel baru yang pendek dan sedikit
berkait dengan kisah misteri yang bakal terjadi pada bulan ramadhan
tahun 2012. Kisah tersebut adalah mengenai dakwaan tentang suara keras
dari langit yang mengerun yang juga merupakan amaran kepada sekelian
umat manusia. Kebetulan baru-baru ini saya menemui sesuatu info yang
agak berkait dengan kisah tersebut yang juga mungkin dapat saya
kongsikan bersama anda semua, insyallah.
Mengikut perhitungan saya kejadian itu
diramal akan terjadi pada tarikh 15 Ramadhan 1344H atau 3 Ogas 2012
bersamaan dengan hari Jummat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara
besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan
iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan yang ketika itu akan mengejutkan semua
orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita
dengar dari langit. Pada kajian dan ramalan saya suara keras yang amat
dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau
sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan
peristiwa tersebut.
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan
dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul
suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”.
Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara
keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul
suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri
jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di
tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat
Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah
pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian,
sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara
menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa
melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan
hal itu akan binasa”.
Dalam kitab AdDuratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah ada
membahaskan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu
Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani ada menyatakan bahawa
salah satu tanda kemunculan Imam Al Mahdi ialah datang dua seruan dari
langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan
katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi
yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua)
iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ketahuilah olehmu bahawa
seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari
ketuarga Isa.” (Lihat AdDuratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
Suara keras tersebut adalah suara
malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran
kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal
Al Masih.
Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
“Wahai (sekalian) manusia,
sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim,
orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat
seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Suara malaikat itu dapat didengar oleh
semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut
bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang
terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat
dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di
sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak.
Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di
negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal
di negara-negara lain.
Semoga peringatan tersebut dapat memberi
satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad
saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir
ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir kita untuk bertemu dengan
Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah
segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan
Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang
pasti.
Allhualam.
Artikel Rujukan :
No comments:
Post a Comment