Perjuangan dan kehebatan baginda
Rasulullah s.a.w apabila berhadapan dengan berbagai rintangan dan cabaran
memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Terutama sekali apabila berhadapan
dengan tentangan daripada orang-orang kafir Quraisy Mekah.
Lebih
mengaharukan lagi, apabila baginda Rasulullah s.a.w turut di benci disisih serta di musuhi oleh bapa-bapa
saudaranya sendiri, terutama sekali Abu Lahab. Padahal sebelum itu, Abu Lahab tidak
pernah memarahi ataupun memusuhi baginda Rasulullah s.a.w . Hubungan
kekeluargaan yang terjalin antara mereka berdua juga amat erat.
Ini
kerana dua orang puteri baginda Rasulullah s.a.w yang bernama Ruqaiyah
dan Ummi Kaltsum terlah berkahwin dengan anak Abu Lahab iaitu Uthbah dan
Utaibah. Kehidupan mereka suami isteri juga sangat bahagia.
Tetapi
selepas sahaja baginda Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab
adalah orang yang paling kuat menentang dan membenci baginda Rasulullah s.a.w.
Abu Lahab juga telah menyuruh agar kedua
oarang anak lelakinya supaya menceraikan isteri masing-masing.
Disebabkan
terlalu sayang dan menghormati ayah mereka, maka Uthbah dan Utaibah terpaksa
mengikut kata dan suruhan Abu Lahab. Mereka juga telah bersetuju untuk
menceraikan isteri masing-masing.
Sejak
hari itu Uthbah dan Utaibah sudah mulai berani menunjukkan sikap biadap dan
kurang ajar kepada bekas bapa mertua mereka iaitu baginda Rasulullah
s.a.w sendiri.
Tanpa
menyedari rasa malu dan takut, Uthbah dan Utaibah telah mengherdik dan memaki
baginda Rasulullah s.a.w .
“ Wahai Muhammad, mulai hari ini,
kami akan menceraikan isteri kami dan akan
meninggalkan agamamu,” kata Uthbah.
“ Kami berdua juga tidak akan
mengikuti kamu lagi. Sekarang tinggallah kamu sendirian dan ambillah kembali
kedua-dua orang puterimu itu,” sampuk Utaibah
pula.
Demikian
sikap kedua-dua bekas menantu baginda Rasulullah s.a.w yang kurang ajar
terhadap baginda. Walaupun hati dan perasaan baginda Rasulullah s.a.w
terguris, namun baginda tetap menerimanya dengan hati yang tabah. Semuanya adalah
kehendak Allah S.W.T dan baginda Rasulullah s.a.w redha atas
ketentuan-Nya.
Pada
suatu hari, Uthbah telah mengikuti satu kafilah dagang ang hendak pergi
berniaga di negeri Syam. Setibanya di pertengahan jalan, rombongan terserempak
dengan seekor harimau yang amat besar dan garang.
Yang
menghairankan, mata harimau tersebut hanya merenung dan memandang tepat ke arah
Utaibah seorang. Haromau otu langsung tidak menghiraukan ahli-ahli rombongan
yang lain.
Dengan
bantuan daripada ahli rombongannya, maka Uthaibah pun terselamat daripada diganggu
oleh harimau tersebut. Namun begitu, harimau itu tidak lari jauh, tanpa di sedari, harimau
itu telah mengekori mereka.
Menjelang
waktu malam, semua rombongan berhenti untuk melepaskan penat. Harimau tersebut
masih memerhatikan Utaibah. Setelah semua oranng nyeyak tidur , harimau
tersebut keluar dari tempat persembunyiannya lalu terus menerkam ke arah
Uthaibah.
Utaibah
tidak sempat menngelak daripada diterkam oleh harimau yang garang dan besar itu,
Utaibah menjerit meminta bantuan tetapi ahli-ahli rombongannya tidak dapat
menyelamatkan Utaibah. Maka Utaibah pun menjadi korban dan makanan harimau
tersebut.
Demikianlah
balasan yang telah diberikan oleh Allah SWT terhadap mereka yang menderhaka. Utaibah
bukan sahaja tidak beriman kepada Allah SWT, maka dia juga telah menghina
baginda Rasulullah s.a.w . Utbah juga telah mendapat balasan daripada
Allah SWT di atas sikapnya itu.
No comments:
Post a Comment