2 1/2 cawan tepung pau(tepung gandum biasa pun boleh)
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu teh baking powder
*1 sudu besar bread softener
*2 sudu besar lemak sayuran
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air suam secukupnya
kertas putih secukupnya (untuk lapik bawah pau)
Yg bertanda (*) tu cadangan saja, klau x letak pun xpe...
Cara2;
pertama sekali, panaskan air dalam kukusan.. Satukan tepung gandum,
gula, yis kering, baking powder dan air. Gaul hingga hampir jd doh.
Masukkan bread softener, lemak sayuran n minyak masak. Gaul lg hingga jd
doh(sampai x melekat kat tgn). Kalau melekat, tambah tepung sikit.
Lepas dah jd doh, rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan suam. Lepas
10 minit, blh la mulakan sesi letak inti dlm setiap doh yg telah
dibahagi kpd bbrp bahagian.
lepas dan siap letak inti, dah boleh susun kat atas pengukus dan kukus.
petua: kena tunggu air kukusan mendidih dulu, pastu baru susun pau dlm
kukusan.. kukus dlm 10 minit je.. jgn lama sgt sbb nanti dia akan kecut,
kulit pau jd menggerutu..
*inti terpulang kpd anda. Nak letak kaya(biasanya sy guna yg dah siap kat kedai), kelapa or ubi bergantung kpd selera..
untuk inti kelapa;
300gm kelapa muda(kelapa yg biasa kita guna untuk makan dengan pulut)
gula(ikut selera, kalau nak manis boleh letak lebih), ada juga yg guna
gula melaka. itu terpulang. kalau guna gula melaka, dah x perlu guna
pewarna hijau.
air secukupnya
daun pandan
pewarna hijau
cara2;
satukan semua bahan dalam kuali, masak hingga air kering. jangan terlalu kering seperti sambal tapi sedang2 elok untuk inti..
untuk inti ubi;
isi ayam/daging yg telah direbus dan dicarik2
2 atau 3 biji ubi kentang(bergantung kpd saiz)-di potong dadu kecil2
sebiji bawang besar(blend)
1 1/2 sudu besar rempah kari(tambahkan air)
setangkai daun kari
1 cm halia-diracik halus
sedikit minyak
air
garam dan gula
*selain menggunakan rempah kari, boleh juga guna rempah kurma.. jika
guna rempah kurma, tak perlu masukkan daun kari dan halia..
cara2;
tumis bawang besar sekejap. selepas itu masukkan halia. tumis seketika.
masukkan daun kari. kemudian masukkan rempah kari. tambahkan air(jangan
terlalu banyak, bimbang ubi menjadi terlalu lembik), ubi kentang dan
isi ayam. perasakan dengan garam dan gula. biarkan hingga air kering dan
ubi empuk. apabila dah siap, dah boleh angkat.
kata-kata semangat
Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh✿
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut✿
Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur✿
Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu✿
Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa✿
Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana✿
listen al-quran dan terjemahan
JOM UJI KEPANTASAN ANDA
Visit the Typing Test and try!
DIARI UMMI
Thursday, 28 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment