kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Wednesday 28 September 2011

Cukupkah CINTA hanya dengan KATA-KATA?

Tersebutlah sebuah kisah..
Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya.."Aku CINTA pada mu"
...
"Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu.."
...
"I Luv U..I really really love you"

...Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..
..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja...

Apabila tiba waktu siang..
Lain pula ceritanya..

~Cara isterinya tak betul..
"Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap...Awak patut belajar dengan mak saya!" 

~Penampilan isterinya memalukan..
"Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya  

~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..
"Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan"

Dan apabila tiba waktu malam...
Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya

dan begitulah yg terjadi setiap hari..
bertahun-tahun lamanya..
sampai isterinya mati..

....
Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..
bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,
dengan setulus hatinya
sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??
Sedangkan di siang hari,
kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???
....

Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,
Kita selalu dengar orang kata...

"Ya Rasulullah, aku cinta padamu.."
"Ya Rasulullah, aku sayang padamu.."
"Allahumma Solli A'la Muhammad"
"Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw" 
Tetapi dalam masa yg sama,

Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,

"Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..""
Rimas aku tengok janggut dia""
Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!" 

Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,

"makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa"
"nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la""
gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?" 

Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..

"orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2""
anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak"
"sepupu bawak pakwe balik kampung?...biarlah...dia dah besar..pandailah fikir sendiri"
"mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua"

Kalau beginilah sikap kita..

Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti...

Nak tak Baginda saw a percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?

Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?

Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..
~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?

bak kata omputih.."Action speaks louder than words" :P

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga" (Maksud Hadis) 

.:Mari Belajar Amalkan Sunnah & Ajak Orang Lain untuk Amalkan Sunnah:.
.:1 hari, belajar 1 Sunnah:.Saya azam, InsyaAllah!.: 
layari web ini 
kalau ingin tahu
Rahsia Sunnah rasul Allah

Seratus Sunnah RasullAllah
                     


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...