kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Saturday 30 March 2013

ANGKA 7

Magis angka 7

           Angka 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi Allah.  Malah angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan bumi.  Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri dari 7 lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi.
           Angka 7 disebut pertama kali dalam surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi :
" Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan jadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
          Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam surah an-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi:
" Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh."
          Di antara permulaan surah al-Baqarah sehingga surah an-Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali.  Surah al-Fatihah yang merupakan penghulu segala surah juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.
Rukun solat ke 7 ialah sujud.  Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.  Juga, solat diperintahkan apabila kanak-kanak mencapai usia 7 tahun.
          Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat raya.  Manakala ayat tentang kiamat dalam al-Quran disebut sebanyak 77 kali.  Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sai, melontar, dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.
         Jangan lupa, Allah menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.
         Dalam kehidupan manusia pula, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan.  Ada 7 hari dalam seminggu.  Di kategorikan 7 benua dan 7 lautan di bumi.
         Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai "safe prime" iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permaasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya.Jangan lupa ya juga, heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.
        Keindahan pelangi terdiri daripada 7 warna.Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekul heptana.Angka 7 juga adalah nilai 'nuetral' antara sifat asid dan alkali.Manakala atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7.Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepala mempunyai 7 'cervical vetebratae'
        Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini.Ia bukan semata-mata unik, malah mengandungi hkmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.

Sumber : Majalah Mastika, Feb 2013
p/s: setiap yang Allah jadikan pasti ada tujuan dan hikmahnya termasuklah pada nombor mahupun abjad..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...