kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Thursday 28 March 2013

Resepi pau gebu & putih

2 1/2 cawan tepung pau(tepung gandum biasa pun boleh)
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu teh baking powder
*1 sudu besar bread softener
*2 sudu besar lemak sayuran
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air suam secukupnya
kertas putih secukupnya (untuk lapik bawah pau)

Yg bertanda (*) tu cadangan saja, klau x letak pun xpe...

Cara2;
pertama sekali, panaskan air dalam kukusan.. Satukan tepung gandum, gula, yis kering, baking powder dan air. Gaul hingga hampir jd doh. Masukkan bread softener, lemak sayuran n minyak masak. Gaul lg hingga jd doh(sampai x melekat kat tgn). Kalau melekat, tambah tepung sikit. Lepas dah jd doh, rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan suam. Lepas 10 minit, blh la mulakan sesi letak inti dlm setiap doh yg telah dibahagi kpd bbrp bahagian.

lepas dan siap letak inti, dah boleh susun kat atas pengukus dan kukus.

petua: kena tunggu air kukusan mendidih dulu, pastu baru susun pau dlm kukusan.. kukus dlm 10 minit je.. jgn lama sgt sbb nanti dia akan kecut, kulit pau jd menggerutu..

*inti terpulang kpd anda. Nak letak kaya(biasanya sy guna yg dah siap kat kedai), kelapa or ubi bergantung kpd selera..

untuk inti kelapa;

300gm kelapa muda(kelapa yg biasa kita guna untuk makan dengan pulut)
gula(ikut selera, kalau nak manis boleh letak lebih), ada juga yg guna gula melaka. itu terpulang. kalau guna gula melaka, dah x perlu guna pewarna hijau.
air secukupnya
daun pandan
pewarna hijau

cara2;

satukan semua bahan dalam kuali, masak hingga air kering. jangan terlalu kering seperti sambal tapi sedang2 elok untuk inti..

untuk inti ubi;

isi ayam/daging yg telah direbus dan dicarik2
2 atau 3 biji ubi kentang(bergantung kpd saiz)-di potong dadu kecil2
sebiji bawang besar(blend)
1 1/2 sudu besar rempah kari(tambahkan air)
setangkai daun kari
1 cm halia-diracik halus
sedikit minyak
air
garam dan gula

*selain menggunakan rempah kari, boleh juga guna rempah kurma.. jika guna rempah kurma, tak perlu masukkan daun kari dan halia..

cara2;
tumis bawang besar sekejap. selepas itu masukkan halia. tumis seketika. masukkan daun kari. kemudian masukkan rempah kari. tambahkan air(jangan terlalu banyak, bimbang ubi menjadi terlalu lembik), ubi kentang dan isi ayam. perasakan dengan garam dan gula. biarkan hingga air kering dan ubi empuk. apabila dah siap, dah boleh angkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...