Buat Suami Isteri
wahai suami,
waktu awal berkahwin..isterimu dilihat bagai bidadari syurga mahupun dewi yang turun dari kayangan.. semuanya indah kerana cinta masih mekar.. kau akan membuatkan isterimu menanggung zuriatmu selama sembilan bulan.. menyusui bakamu.. menjaga dan mendidik waris mu.. oleh itu, jagalah isterimu..didiklah isterimu dengan didikan agama yang cukup.. itu tanggungjawabmu.. aku tahu.. kau penat.. kerja mencari nafkah.. tapi ingatlah.. isterimu di rumah.. melayan anak-anakmu.. menyiapkan makananmu.. menyiapkan pakaianmu.. menjaga rumah dan segala isinya agar pulangnya dirimu.. halwa mata yang menjamu penglihatanmu.. agar kurang penat lelahmu.. jangan kau ambil kesempatan terhadap kelembutan isterimu.. kau tahu dia takkan menjamah sedikit pun makanan selagi kau belum pulang.. jadi jangan biarkan dia menunggumu dengan perut yang kosong.. kerja sampai mati takkan habis.. habiskan satu kerja..satu lagi akan tiba.. adat bekerja.. luangkan masa untuk keluargamu.. mereka yang menjadi tulang belakangmu.. menyokongmu..mendoakan mu.. jangan kau khianati cinta isterimu.. mengharap pulangnya dirimu membawa bunga.. tetapi kau pulang dengan madunya yang tidak diingininya... wahai suami... fikirlah.. sebelum kau melakukan sesuatu.. letakkan dirimu di tempat isterimu.. andai kau tak suka menunggu..jangan biarkan orang menunggumu.. ingat kembali janji2 manismu untuk bahagiakan isterimu.. ingatlah.. jangan mengharap isteri sebaik isteri-isteri nabi.. kalau diri sendiri tak mampu menjadi sebaik nabi.. jangan bicara tentang agama kalau jahil untuk melakukannya.. renungkan wahai para suami.. lihat ke mata isterimu.. bahagia atau derita.. air matanya mengalir gembira atau duka.. fikirkan sejenak wahai suami..
wahai para isteri,
kau begitu gembira sewaktu dipimpin walimu dan diserahkan kepada suamimu.. senyuman yang terukir menceritakannya.. tangisan gembira berbaur sedih kerana meninggalkan keluarga tercinta.. bapamu menciummu mengharap anak didikannya menjadi isteri solehah.. wahai isteri, tahukah tanggungjawab utamamu adalah kepada suamimu.. tahukah kamu para isteri..suamimu yang akan menanggung dosamu kini.. hormatilah suamimu.. sayangilah dia selagi mana dia menyayangi Allah.. cintailah dia selagi mana bibirnya basah dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. andai bibirnya kering... basahkanlah bibir suamimu dengan peringatan.. kau dicipta dari rusuk kirinya untuk menjadi pendamping di kala susah dan senang.. menjadi peringatan ketika dia terlupa.. aku tahu.. kau semakin bosan tatkala dia sibuk dengan kerjanya.. tahukah kau.. pakaianmu..makananmu..perbelanjaanmu.. dia yang menjadi penaja... aku tahu..kau pun ada duit..kau turut mempunyai kerjaya.. tapi dia yang menjaga dirimu ketika sakit.. dia yang berada di sisimu ketika kau hamil 9 bulan... ketika kau dalam kepayahan.. tahukah kamu... setiap kali kau tertidur kepenatan.. dia akan mengucup dahimu.. meminta ampun kerana tidak dapat membahagiakanmu... tahukah kamu dia memerlukanmu tapi tidak disuarakan kerana tidak mahu membebankanmu... tahukah kamu dia memerlukan belaianmu setiap malam tetapi kau menolaknya.. "dilaknat isteri yang menolak suami untuk bersamanya sehingga ke pagi kecuali waktu gering" andai kau menghembuskan nafas terakhir.. dapatkah kamu keampunan dari suamimu.. fikirkanlah..
wahai para pasangan..
ingatlah...
sewaktu kau ingin meninggalkannya..ingatlah saat pertama kau memiliknya...
sewaktu kau ingin memarahinya...ingatlah saat pertama kau menerima kasihnya..
sewaktu kau ingin membencinya...ingatlah saat pertama kau menyintainya..
sewaktu kau ingin memukulnya..ingatlah saat pertama kau membelainya...
sewaktu kau melupakannya...ingatlah saat kau merinduinya...
sewaktu kau ingin berlalu pergi darinya..ingatlah saat kau berlari mengejarnya..
sewaktu kau ingin mengungkit salahnya..ingatlah saat tercipta memori indah tentangnya..
sewaktu kau hilang cinta kepadanya...ingatlah saat pertama dia menyintaimu...
sewaktu kau ingat yang negatif..ingatlah yang positif...
sewaktu kau ingat yang hitam..ingatlah yang putih...
sewaktu itu kau akan sedar.. betapa hebatnya kasih sayang yang Allah kurniakan.. betapa hebatnya Anugerah cinta yang Allah beri... cintailah pasanganmu kerana Allah..dan Allah akan memberimu cintaNya.. insyaAllah...
No comments:
Post a Comment