Kisah nya camni....ada sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok( dua tingkat lagi) dalam hutan. Kerja si suaminya mencari makanan seperti memburu atau memetik buah -buahan hutan. Manakal si isteri pula hannya duduk mengemas rumah di rumah sahaja.....Suatu hari, sedang suami mencari makanan di hutan, tiba-tiba beliau terjumpa cermin yang berbingkai cantik. beliau membawa balik cermin itu dan menyimpan cermin tersebut di tingkat atas tanpa pengetahuan isterinya.Setiap hari sebelum belia keluar mencari makanan, beliau akan naik keatas dan melihat cerminnya...
Al-kisah nyer bermula ......si isteri merasa curiga dengan si suaminya...ia merasa pelik melihat telatah suaminya, maka disiasatlah ditinggkat atas tempat suaminya selalu naik...bimbang jika suaminya menyimpan perempuan lain di situ tanpa pengetahuannya.
Apabila diberitahu hal tersebut kepada emaknya, maka emak beliau sendiri ingin melihat perempuan yang kononnya di sembunyikan oleh si suaminya itu. Lalu, emaknya naik ke atas tempat tersebut. Kemudian, turun sambil ketawa terbahak-bahak....
Isteri : Apasal mak ketawa ....?
Mak : Apa teruk benar selera suami kau tu. Kalau ye pun nak simpan perempuan , carilah perempuan yang elok sikit, ini tidak....aku tengok perempuan tu...dah la tua ...hodoh pulak tu.......
No comments:
Post a Comment