kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Tuesday 13 November 2012

KEPALA KHABAB DIGOSOK BESI PANAS


Khabab bin Arats ialah seorang tukang besi yang sangat mahir si Kota Mekah. Di sebabkan kehebatan dan kepandaiannya di dalam pertukangan, namanya menjadi terkenal di tempat itu. Namun itu tidak memberi apa-apa kerana dia adalah daripada golongan hamba. Khabab dimiliki oleh seorang saudagar wanita yang kaya –raya bernama Ummu Anmar. 

            Setelah sekian lama Khabab dijadikan hamba, akhirnya Ummu Anmar pun berbesar hati untuk memerdekankannya. Maka hiduplah Khabab sebagai orang uang merdeka, bukan lagi sebagai seorang hamba yang harus patuh pada perintah dan suruhan tuannya.

            Kedatanga Islam ke Mekah telah membuatkan hati Khabab terbuka untuk menerima seruan dakwah daripada baginda Rasulullah s.a.w walaupun orang-orang Quraisy pada ketika itu amat marah dan benci kepada baginda Rasulullah s.a.w.

            Berita tentang keislaman Khabab  telah diketahui oleh beberapa orang penduduk yang datang untuk mengambil tempahan. Mereka tidak senang hati apabila mengetahui kebenaran bahawa Khabab telah memeluk Islam. 

            Khabab telah di pukul hingga pengsan. Pada hari yang lain pula, Khabab di seksa dengan seksaan yang lebih teruk dan dasyat lagi. Ketika matahari tegak di atas kepala, orang-orang kempung telah mengikat dan membaringkannya di atas tanah.
            Orang-orang kampung telah bersepakat untuk menyeksa Khabab dengan sedasyat-dasyatnya. Mereka semua telah meletakkan seketul batu yang besar dan sangat panas di atas tubuh badan Khabab.
            Khabab menjerit sambil menahan kesakitan akibat di hampap dengan batu yang besar dan panas itu. Tetapi jiwa  Khabab sangat kental. Bibirnya sentiasa menyebut nama Allah SWT dengan berulang-ulang kali. 

            Khabab mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT. Semua  musuhnya tidak berjaya untuk memujuknya keluar daripada Islam walaupun dia telah di seksa dan didera dengan pelbagai seksaan yang amat memeritkan. 

            Akhirnya mereka semua telah meminta bantuan daripada Ummu Anmar , iaitu bekas majikan Khabab. Ummu Anmar melaksanakan tugas yang telah diberikan kepadanya. Dia mengambil sekeping besi panas yang baru di bakar di dalam api yang merah membara. 

            Dengan rasa megah dan bangganya, Ummu An,ar meletakkan besi panas itu di atas kepala Khabab. Khabab mengerang menahan kesakitan yang dialaminya. Namun Khabab sedikit pun tidak mengeluh. 

            Akhirnya penderaan dan siksaan yang dikenakan kepada Khabab telah diketahui oleh Rasulullah s.a.w.

            Baginda tidak menyangka, walaupun Khabab diseksa dengan begitu teruk, namun hatinya tetap menyebut dan memuji nama Allah SWT.  Lalu baginda s.a.w  memangangkat tangan sambil berdoa kepada Allah SWT, 

“ Ya, Allah , limpahkan pertolongan-Mu kepada Khabab.”

            Beberapa hari kemudian, Ummu Anmar telah ditimpa sejenis penyakit ganjil yang sangat mengerikan. Dia melolong dan menjerit seperti seekor anjing. Ummu Anmar juga merayau-rayau sambil meminta tolong ke setiap rumah penduduk kampung, tetapi mereka tidak mempedulikan Ummu Anmar.

            Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit ganjil yang dialami oleh Ummu Anmar. Tetapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Penyakit itu dengan mengosokkan kepalanya dengan besi panas yang kaya sedang merah menyala. 

            Begitulah pada setiap pagi dan petang, hinggalah membawa kepada ajalnya. Allah SWT telah membalas segala kekejaman yang telah dilakukan oleh Ummu Anmar kepada Khabab waktu di dunia ini lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...