kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Tuesday 13 November 2012

PADAH MENGHINA RASULULLAH S.A.W


Perjuangan dan kehebatan baginda Rasulullah s.a.w  apabila berhadapan dengan berbagai rintangan dan cabaran memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Terutama sekali apabila berhadapan dengan tentangan daripada orang-orang kafir Quraisy Mekah.  

            Lebih mengaharukan lagi, apabila baginda Rasulullah s.a.w  turut di benci  disisih serta di musuhi oleh bapa-bapa saudaranya sendiri, terutama sekali Abu Lahab. Padahal sebelum itu, Abu Lahab tidak pernah memarahi ataupun memusuhi baginda Rasulullah s.a.w . Hubungan kekeluargaan yang terjalin antara mereka berdua juga amat erat. 

            Ini kerana dua orang puteri baginda Rasulullah s.a.w  yang bernama Ruqaiyah dan Ummi Kaltsum terlah berkahwin dengan anak Abu Lahab iaitu Uthbah dan Utaibah. Kehidupan mereka suami isteri juga sangat bahagia. 

            Tetapi selepas sahaja baginda Rasulullah s.a.w  diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab adalah orang yang paling kuat menentang dan membenci baginda Rasulullah s.a.w. Abu Lahab juga telah menyuruh  agar kedua oarang anak lelakinya supaya menceraikan isteri masing-masing.
            Disebabkan terlalu sayang dan menghormati ayah mereka, maka Uthbah dan Utaibah terpaksa mengikut kata dan suruhan Abu Lahab. Mereka juga telah bersetuju untuk menceraikan isteri masing-masing.
            Sejak hari itu Uthbah dan Utaibah sudah mulai berani menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar kepada bekas bapa mertua mereka iaitu baginda Rasulullah s.a.w  sendiri.
            Tanpa menyedari rasa malu dan takut, Uthbah dan Utaibah telah mengherdik dan memaki baginda Rasulullah s.a.w .
“ Wahai Muhammad, mulai hari ini, kami akan menceraikan isteri kami dan akan  meninggalkan agamamu,” kata Uthbah. 

“ Kami berdua juga tidak akan mengikuti kamu lagi. Sekarang tinggallah kamu sendirian dan ambillah kembali kedua-dua orang puterimu itu,” sampuk Utaibah  pula.

            Demikian sikap kedua-dua bekas menantu baginda Rasulullah s.a.w  yang kurang ajar terhadap baginda. Walaupun hati dan perasaan baginda Rasulullah s.a.w  terguris, namun baginda tetap menerimanya dengan hati yang tabah. Semuanya adalah kehendak Allah S.W.T dan baginda Rasulullah s.a.w  redha atas ketentuan-Nya.

            Pada suatu hari, Uthbah telah mengikuti satu kafilah dagang ang hendak pergi berniaga di negeri Syam. Setibanya di pertengahan jalan, rombongan terserempak dengan seekor harimau yang amat besar dan garang. 

            Yang menghairankan, mata harimau tersebut hanya merenung dan memandang tepat ke arah Utaibah seorang. Haromau otu langsung tidak menghiraukan ahli-ahli rombongan yang lain.
            Dengan bantuan daripada ahli rombongannya, maka Uthaibah pun terselamat daripada diganggu oleh harimau tersebut. Namun begitu, harimau  itu tidak lari jauh, tanpa di sedari, harimau itu telah mengekori mereka. 

            Menjelang waktu malam, semua rombongan berhenti untuk melepaskan penat. Harimau tersebut masih memerhatikan Utaibah. Setelah semua oranng nyeyak tidur , harimau tersebut keluar dari tempat persembunyiannya lalu terus menerkam ke arah Uthaibah. 

            Utaibah tidak sempat menngelak daripada diterkam  oleh harimau yang garang dan besar itu, Utaibah menjerit meminta bantuan tetapi ahli-ahli rombongannya tidak dapat menyelamatkan Utaibah. Maka Utaibah pun menjadi korban dan makanan harimau tersebut. 

            Demikianlah balasan yang telah diberikan oleh Allah SWT terhadap mereka yang menderhaka. Utaibah bukan sahaja tidak beriman kepada Allah SWT, maka dia juga telah menghina baginda Rasulullah s.a.w . Utbah juga telah mendapat balasan daripada Allah SWT di atas sikapnya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...