kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Wednesday 14 November 2012

TAUBAT SEORANG WANITA


Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ada seorang wanita yang hidupnya bergelumang dengan dosa akibat daripada perbuatan seperti berzina dan membunuh. Walau bagaimanapun, dia akhirnya sedar tentang kesalahannya itu dan ingin kembali kepada cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.

            Sungguhpun begitu, dia berasa bingung samada dirinya akan diampuni oleh Allah s.w.t ataupun tidak. Dia sedar dosa-dosanya dahulu amat berat dan banyak sehingga menyebabkan dia amat takut taubatnya ditolak oleh Allah. Perasaan itu bermain-main dalam fikiran sehinggga hidupnya tidak tenteram. 

            Pada suatu malam, ketika sedang duduk termenung mengenangkan nasib dirinya, wanita itu terserempak seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Abu Hurairah r.a. Abu Hurairah sedang dalam perjalanan pulang dari masjid dan menuju ke rumahnya.

            Tanpa berlengah, wanita itu pergi mendapatkan Abu Hurairah dan bertanya kepadanya,
“ Wahai Abu Hurairah , saya byak melakukan dosa besar kepda Allah. Adakah pintu taubat masih terbuka bagi orang –orang seperti saya?”

“Apakah dosa besar yang telah kamu lakukan?” tanya Abu Hurairah.

“ Saya pernah berzina sehinggga melahirkan seorang anak lelaki. Kemudian saya membunuh bayi lelaki tersebut kerana sangat malu,” jawab wanita itu.
“Habislah kamu. Tidak ada pengampunan bagi orang seperti kamu, kesalahan yang kamu lakukan amat besar.” Kata Abu Hurairah.

            Selepas mendengar kata-kata daripda sahabat Rasulullah s.a.w itu, wanita tersebut berasa amat sedih mengenangkan nasib dirinya itu. Betapa besar dosanya kepada Tuhan sehingga tidak akan diampunkan lagi. Wanita itu pun berjalan ke rumahnya dengan hati yang sedih. 

“Aku telah menjatuhjan hukuman kepada wanita tadi, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w masih lagi hidup. Mengepa aku tidak merujuk masalah itu kepada Baginda s.a.w?” fikir Abu Hurairah.

            Pada keesokkan harinya , Abu Hurairah terus pergi mendaptkan Nabi Muhammad s.a.w lalu mengadu tentang apa yang telah berlaku malam tadi.

            “ Wahai Rasullullah s.a.w, malam tadi saya bertemu dengan seorang wanita yang datang meminta fatwa dariku tentang kesalahan dirinya,” kata Abu Hurairah.

            “ Dia banyak melakukan dosa-dosa besar dan ingin bertaubat. Lalu saya telah mengatakan bahawa dosa-dosanya tidak akan diampunakan,” sambung Abu Hurairah lagi.
            Nabi Muhammad s.a.w memandang ke arajh Abu Hurairah dengan lembut. Abu Hurairah tidak berkata apa-apa lagi lalu menundukkan mukanya. 

            “ Di manakah pertimbangan kamu tentang firman Allah SWT ( Dan mereka tidak meyembah selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali atas alasan yang betul, dan tidak pula berzina, barangsiapa melakukan perkara uyang ditegah, meraka akan medapat balasan atas kesalahnya),” kata Nabi Muhammad s.a.w.

            “ Dan akan digandakan azab seks pada hari kiamat mereka kekeal di dalam azab itu dengan penuh kehinaan. Kecuali orang-orang yang menyesal dan memohon ampun dan percaya serta taat kepada Tuhan dan mengerjakan amalan kebaikan, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasihani,” sambung Rasulallah s.a.w.

            Selepas mendengar teguran Nabi Muhammad s.a.w itu, Abu Hurairah berasa dirinya bersalah. Beliau bertindak tanpa usul periksa, sehinggga menghampakan harapan wanita tersebut untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah. Beliau menebus kembali kesalahanya semalam.

            Abu Hurairah meminta izin untuk bereda. Beliau ingin berjumpa dengan wanita itu. Beliau pun menuju ke Bandar Madinah untuk mencari wanita tersebut. Belliau bertanyakan kepada orang awam yang lalu lalang di Madinah di manakah wanita itu tinggal. 

            Akhirnya Abu Hurairah bertemu juga dengan wanita tersebut setelah seharian mencari. Abu Hurairah terus menyampaikan pesanan Nabi Muhammad s.a.w bahawa pintu aubat sentiasa terbuka untunua dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

            Apabila wanita itu mendengar penjelasan Abu Hurairah , hatinya terharu segingga menitiskan air mata tanda kegembiraan. 

            “ Saya ada sebuah dusun dan saya ingin dermakan dusun tersbeut kepada fakir miskin,” kata wanita itu.

            Nabi Muhammad s.a.w berpesan ,” setiap manusia ada melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Alllah SWT.”
           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...