kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh✿
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut
✿
Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur
✿
Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu
✿
Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa
✿
Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana
✿

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Resepi pau gebu & putih

2 1/2 cawan tepung pau(tepung gandum biasa pun boleh)
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu teh baking powder
*1 sudu besar bread softener
*2 sudu besar lemak sayuran
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air suam secukupnya
kertas putih secukupnya (untuk lapik bawah pau)

Yg bertanda (*) tu cadangan saja, klau x letak pun xpe...

Cara2;
pertama sekali, panaskan air dalam kukusan.. Satukan tepung gandum, gula, yis kering, baking powder dan air. Gaul hingga hampir jd doh. Masukkan bread softener, lemak sayuran n minyak masak. Gaul lg hingga jd doh(sampai x melekat kat tgn). Kalau melekat, tambah tepung sikit. Lepas dah jd doh, rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan suam. Lepas 10 minit, blh la mulakan sesi letak inti dlm setiap doh yg telah dibahagi kpd bbrp bahagian.

lepas dan siap letak inti, dah boleh susun kat atas pengukus dan kukus.

petua: kena tunggu air kukusan mendidih dulu, pastu baru susun pau dlm kukusan.. kukus dlm 10 minit je.. jgn lama sgt sbb nanti dia akan kecut, kulit pau jd menggerutu..

*inti terpulang kpd anda. Nak letak kaya(biasanya sy guna yg dah siap kat kedai), kelapa or ubi bergantung kpd selera..

untuk inti kelapa;

300gm kelapa muda(kelapa yg biasa kita guna untuk makan dengan pulut)
gula(ikut selera, kalau nak manis boleh letak lebih), ada juga yg guna gula melaka. itu terpulang. kalau guna gula melaka, dah x perlu guna pewarna hijau.
air secukupnya
daun pandan
pewarna hijau

cara2;

satukan semua bahan dalam kuali, masak hingga air kering. jangan terlalu kering seperti sambal tapi sedang2 elok untuk inti..

untuk inti ubi;

isi ayam/daging yg telah direbus dan dicarik2
2 atau 3 biji ubi kentang(bergantung kpd saiz)-di potong dadu kecil2
sebiji bawang besar(blend)
1 1/2 sudu besar rempah kari(tambahkan air)
setangkai daun kari
1 cm halia-diracik halus
sedikit minyak
air
garam dan gula

*selain menggunakan rempah kari, boleh juga guna rempah kurma.. jika guna rempah kurma, tak perlu masukkan daun kari dan halia..

cara2;
tumis bawang besar sekejap. selepas itu masukkan halia. tumis seketika. masukkan daun kari. kemudian masukkan rempah kari. tambahkan air(jangan terlalu banyak, bimbang ubi menjadi terlalu lembik), ubi kentang dan isi ayam. perasakan dengan garam dan gula. biarkan hingga air kering dan ubi empuk. apabila dah siap, dah boleh angkat.

Monday, 11 March 2013

BISKUT ALMOND LANDON


 
 BHN-BHN

200 g mentega
1 cwn gula aising
1/2 cwn badam kisar
200 g tepung gandum
1 cwn tepung jagung
1 sdt esen vanilla
2 sdt susu tepung
1 bj kuning telur
80 bj badam panggang

HIASAN


Badam cincang
Coklat masakan gelap

CARA-CARA


1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan kuning telur,esen vanila dan susu tepung.Kacau sebati.
3.Masukkan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam kisar dan kacau sehingga menjadi doh.
4.Ambil sebiji badam yang dipanggang dan balut dengan doh sehingga menjadi bentuk bujur.
5.Bakar pada suhu 180c selama 20min.Sebelum itu,panaskan ketuhar selama 10min.
6.Apabila sejuk,celupkan biskut ke dalam *coklat masakan yang menggunakan kaedah double boil.
7.Masukkan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang ke atas biskut.

CARA MASAK COKLAT GELAP


*potong coklat masakan gelap terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk dan ketepikan
*masukkan air ke dalam periuk yang ke2 dan letakkan diatas api.
*masak coklat gelap tadi di atas periuk yg mendidih
*masak sehingga coklat tersebut cair

Monday, 25 February 2013

MEE REBUS DAGING

Bahan-bahan ( size hidangan utk 10org. )

 

  • 3biji keledek oren , 3biji keledek kuning, 4biji ketang (direbus tampa buang kulit).
  • 1/2kg daging tetel, 1/2kg paru(direbus mengunakan air rebusan keledek tadi, hingga empuk.)
  • 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 inci halia, 6 biji lada merah hidup, sedikit udang kering ( di kisar halus )
  • 1 atau 2 batang serai(dititik)
  • gula melaka 1buku /1 biji(kalau takut manis boleh guna setegah buku shj..,ikut citarasa anda)
  • serbuk lada hitam -2 sudu teh shj.
  • Bahan-bahan hiasan.
  • 6 biji limau sambal(dibelah dua)
  • daun sup dan daun bawang( di hiris )
  • 6 biji cili hijau( dihiris)
  • tauge -50sen(di celur)
  • 1pek - mee kuning ( di celur sedikit)
  • 6biji - telur ayam( direbus dan dibelah dua)
  • 1pek kecil- bawang goreng(ikut citara sendiri)
  • kicap cair utk penambah rasa( diletak sedikit pd mee kuning ,bila nk makan)
  • bahan - bahan untuk membuat kerak mee rebus
  • 1 biji telur ayam, 2 sudu besar- tepung beras ,1 sudu tepung gandum ,2cawan air , satu titik perwarna kuning, dan sedikit sebuk penaik.
  • tips: kesemua bahan di atas, boleh di kisar guna blender ...,dan masa nk goreng kerak tu..guna penebar roti jala..,lg senang.
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. mula-mula ambil keledek yg telah direbus tadi..,buang kulitnya semasa ia sudah sejuk...,kemudian masukkan keledek yg telah di kupas tadi di dalam blender dgn mengunakan air rebusan tadi.
  2. kemudian ambil bawang merah,bawang putih, halia, udang kering lada merah hidup + 4biji cili padi merah..(kalau suka pedaslah), kisar guna blender, kemudian ambil air lebihan rebusan tadi ..,didihkan,kemudian masukkan bahan yg di kisar td kedlmnya..,dan biar seketika , kemudian masukkan serai yg telah dititik td, gula melaka dan serbuk lada hitam kedalamnya biar hingga naik bau.
  3. setelah itu, ambil daging tetel yg telah direbus td masukan kedalamnya...biarkan selama 1minit.( sekira air kurang tambah kan air )
  4. selepas itu barulah masukan ...keledek dan kentang yg telah di blender td..,kacau hingga rata..,dgn api yg perlahan. kacau sentiasa selama 5 minit, supaya tidak hagus kuwahnya..,kemudian barulh masukkan garam dah sebuk perasa ikut citarasa anda.
  5. setelah itu tutup api..,siap utk di hidang.
  6. cara-cara menghidangnya:
  7. celur mee kuning dgn tauge..,kemudian titiskan kicap cair dan setelah itu letakkan kuwah td kedalam mee, dan letakkan telur, daun bwng, daun sup,limau sambal, bawang goreng, cili hijau hidup atau cili padi g telah di hiris td dan kemudian bolehlah kita makan..!!
  8. oppsss....,terlupa pulak nk cakp ...,taburkan sekali kerak mee kita td.
  9. cubalah resepi ni...., insyallah 100% jadi...,makan mesti nk lagi.
  10. huhuuu...,hampir terlupa..saya...,paru yg telah di rebus td ..boleh lah di grg mengikut citarasa anda..
  11. Klik untuk isi cara-cara di sini

Sunday, 24 February 2013

APAM BALIK

 
Apam balik


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
Secubit garam
Sedikit esen vanilla (sy tambah)
Sedikit butter utk dioles pada kuali

Bahan tabur :
Kacang tanah tumbuk
Jagung krim
Gula pasir

1.Putar telur n gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan air,baking powder,bicarbonate soda dan esen vanilla..Putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan pula tepung gandum yg telah diayak,putar sehingga semua bahan sebati.
4.Panaskan kuali,oles sedikit butter (tak perlu jika menggunakan kuali non stick),tuangkan bancuhan tepung secukupnya dan ratakan.
5.Biarkan seketika sampai permukaan tepung berbuih-buih.
6. Taburkan kacang gula pasir diikuti kacang tumbuk n jagung krim,tunggu sampai apam masak.
7.Lipat apam kepada dua,angkat dan sapu sedikit butter pada apam..Sedia dihidang.

KUIH KOCI LABU

 
Kuih Koci Labu

Bahan utk doh:
Sekampit tepung pulut (500gm)
3/4 cawan puree labu (labu direbus smpai empuk n dilecek)
1/2 cawan santan
Garam
Air secukupnya

1. Satukan puree labu n santan,masukkan ke dalam bekas berisi tepung,tuang air yg dh dicampur garam sedikit demi sedikit,uli sehingga adunan menjadi doh..

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Bahan utk inti:
Kelapa masak,diparut ambil putih shj
**kelapa masak=kelapa tua yg kulitnye masih kehijau-hijauan
Gula melaka
Gula pasir
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya

1. Di dalam kuali,masak gula merah,gula pasir,garam n daun pandan dgn sdikit air..Bila gula dah larut sepenuhnya,tapis keluar segala bendasing..
2. Masukkan kelapa parut n kacau sehingga gula menyaluti keseluruhan kelapa..sentiasa kacau sampai inti agak kering..
3. Bila inti hampir kering,tabur tepung gandum n teruskan mengacau..tutup api apabila inti sudah masak..(tujuan tepung gandum digunakan adlh spy inti likat n mudah utk digentel bulat2)
4. Sejukkan inti n bolehla digentel bulat2..
**sediakan inti terlebih dahulu br la mengadun tepung doh utk koci..

*-*-*-*-*-*
Bahan utk dadih santan

1 1/2 cawan santan cair
1 sb tepung gandum
2 sb minyak masak
Garam secukup rase (utk tmbahkan lemak)
Daun pandan

1. Bancuh kesemua bhn,tapis ke dalam periuk..
2. Didihkan bahan2 di atas menggunakan api kecil,sentiasa dikacau dan pastikan adunan tidak berketul..
3. Apabila dadih hampir pekat,tutup api.pastikan dadih tidak terlampau pekat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara2 menyediakan kuih koci

Versi 1 (Kukus):
Ambil sedikit doh,leperkan dan letak inti yg telah digentel bulat..tutup inti dgn doh,bulatkan n celup ke dalam dadih santan..Bungkus doh tersebut di dalam daun pisang dan atur di dalam periuk kukus..kukus koci selama 15-20 minit di dalam periuk kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu..angkat n sejukkan..Sedia dihidang.

Versi 2 (Rebus):
Jerang air di dalam periuk,biarkan mendidih..Ambil sedikit doh,leperkan dan letak inti,kemudian tutup inti dgn doh..rebus doh tersebut dlm air mendidih n biarkan sampai doh timbul (mcm buat kuih melaka)..Angkat dan toskan doh yg telah masak n masukkan ke dalam dadih santan..golek2kan kuih supaya dadih menyalut kuih sepenuhnya n bungkus seperti biase menggunakan daun pisang..boleh terus dinikmati..

**sy prefer versi 2 kerana lebih cepat, mudah n bungkusan nmpak lebih kemas..kuih koci juga tahan lebih lama..

selamat mencuba! :)

Monday, 18 February 2013

PUDING MARBLE COKLAT

                         
 Puding ni mmg sedap, nak2 pulak mkn time panas cm sekarang ni...
RESEPI PUDING MARBLE COKLAT

Bhn2:

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air=  cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco@ coklat Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Monday, 11 February 2013

CUCUR NASI

 
Cucur Nasi
Bahan-bahan ( dapat dalam 20 biji )
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
  • toskan1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar.
  2. Kisar hingga halus
  3. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  6. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati2.
  7. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  8. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Buat selebihnya hingga siap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...