kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Sunday 24 February 2013

KUIH KOCI LABU

 
Kuih Koci Labu

Bahan utk doh:
Sekampit tepung pulut (500gm)
3/4 cawan puree labu (labu direbus smpai empuk n dilecek)
1/2 cawan santan
Garam
Air secukupnya

1. Satukan puree labu n santan,masukkan ke dalam bekas berisi tepung,tuang air yg dh dicampur garam sedikit demi sedikit,uli sehingga adunan menjadi doh..

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Bahan utk inti:
Kelapa masak,diparut ambil putih shj
**kelapa masak=kelapa tua yg kulitnye masih kehijau-hijauan
Gula melaka
Gula pasir
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya

1. Di dalam kuali,masak gula merah,gula pasir,garam n daun pandan dgn sdikit air..Bila gula dah larut sepenuhnya,tapis keluar segala bendasing..
2. Masukkan kelapa parut n kacau sehingga gula menyaluti keseluruhan kelapa..sentiasa kacau sampai inti agak kering..
3. Bila inti hampir kering,tabur tepung gandum n teruskan mengacau..tutup api apabila inti sudah masak..(tujuan tepung gandum digunakan adlh spy inti likat n mudah utk digentel bulat2)
4. Sejukkan inti n bolehla digentel bulat2..
**sediakan inti terlebih dahulu br la mengadun tepung doh utk koci..

*-*-*-*-*-*
Bahan utk dadih santan

1 1/2 cawan santan cair
1 sb tepung gandum
2 sb minyak masak
Garam secukup rase (utk tmbahkan lemak)
Daun pandan

1. Bancuh kesemua bhn,tapis ke dalam periuk..
2. Didihkan bahan2 di atas menggunakan api kecil,sentiasa dikacau dan pastikan adunan tidak berketul..
3. Apabila dadih hampir pekat,tutup api.pastikan dadih tidak terlampau pekat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cara2 menyediakan kuih koci

Versi 1 (Kukus):
Ambil sedikit doh,leperkan dan letak inti yg telah digentel bulat..tutup inti dgn doh,bulatkan n celup ke dalam dadih santan..Bungkus doh tersebut di dalam daun pisang dan atur di dalam periuk kukus..kukus koci selama 15-20 minit di dalam periuk kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu..angkat n sejukkan..Sedia dihidang.

Versi 2 (Rebus):
Jerang air di dalam periuk,biarkan mendidih..Ambil sedikit doh,leperkan dan letak inti,kemudian tutup inti dgn doh..rebus doh tersebut dlm air mendidih n biarkan sampai doh timbul (mcm buat kuih melaka)..Angkat dan toskan doh yg telah masak n masukkan ke dalam dadih santan..golek2kan kuih supaya dadih menyalut kuih sepenuhnya n bungkus seperti biase menggunakan daun pisang..boleh terus dinikmati..

**sy prefer versi 2 kerana lebih cepat, mudah n bungkusan nmpak lebih kemas..kuih koci juga tahan lebih lama..

selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...