kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Monday 11 February 2013

CUCUR NASI

 
Cucur Nasi
Bahan-bahan ( dapat dalam 20 biji )
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
  • toskan1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar.
  2. Kisar hingga halus
  3. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  6. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati2.
  7. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  8. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Buat selebihnya hingga siap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...