kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Tuesday, 19 February 2013

1. Sunnah Rasulullah SAW



Rasullah SAW amat suka meminum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan merasa madu sebelum bersarapan diwaktu pagi.



Antara Khasiat Amalan-Amalan Ini Ialah:

  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
  2. Mencuci perut
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
  4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas



Minuman Manis dan Sejuk



Aisyah meriwayatkan bahawa: 

" Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"



Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).



Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"



Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.



Ringkasan Adab Minum



  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
  2. Bacalah " Bismillah"
  3. Minum dengan tiga nafas
  4. Minum dalam keadaan duduk
  5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
  8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
  9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...