1. Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang
pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at
(pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”(HR
Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula
ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di
dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat
ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca,
memikirkan dan mengamalkan).” (Riwayat Muslim)
2. Menjemput ketenangan
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda
yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya.
Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi
datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu
`alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang
disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran
itu.”
3. Hati pembaca AL-Quran akan hidup
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari
al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya),
maka ia adalah seperti rumah yang kosong.” (HR at-Tarmidzi)
4. Mendapat Kebaikan jika al-Quran dibaca secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang
mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta
mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta
tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau
mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat
kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (HR at-Tarmidzi)
5. Ganjaran- Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka
ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas
dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif
lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu
huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR at-Tarmidzi)
Moga ALLAH mengampuni dosa kita dan melapangkan hati dan rezeki kita, InsyaALLAH.
kata-kata semangat
Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh✿
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut✿
Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur✿
Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu✿
Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa✿
Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana✿
listen al-quran dan terjemahan
JOM UJI KEPANTASAN ANDA
Visit the Typing Test and try!
DIARI UMMI

DIARI UMMI
No comments:
Post a Comment