kata-kata semangat
Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh✿
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut✿
Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur✿
Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu✿
Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa✿
Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana✿
listen al-quran dan terjemahan
JOM UJI KEPANTASAN ANDA
Visit the Typing Test and try!
DIARI UMMI
Monday, 18 February 2013
surah al-kautsar
<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
lagi Petua Perubatan Islam Untuk Menghilangkan Pedih Ulu Hati
1. Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu.
2.Sapukan kapur sirih pada keratannya.
3.Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment