kata-kata semangat

Jgn.... mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh
Jgn... mencintai sedalam laut kerana laut akan surut

Jgn.... mencintai dunia kerana dunia akan hancur

Jgn.... mencintai bunga kerana bunga akan layu

Jgn.... mencintai manusia kerana manusia akan binasa

Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana

listen al-quran dan terjemahan

Listen to Quran

JOM UJI KEPANTASAN ANDA

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

DIARI UMMI

DIARI UMMI
DIARI UMMI

Wednesday 20 February 2013

ABU SALIH DENGAN BUAH EPAL



Di dalam negeri Parsi, ada sebuah pekan kecil bernama Jilan. Penduduk di kawasan itu tidak ramai, tetaou mereka semua sangat berbudi bahasa. Meraka rajin beribadat kepada Allah s.w.t. 

                Di dalam pekan itulah olahirnya seorang putera yang bernama Abu Salih, harapan ibu dan baoa Abu Salih ialah apabila anaknya dewasa kelak akan menjadi anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah serta taat kepada Ibu bapanya. Abu Salih lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin. Walaupun tidak mempunyai harta yang banyk, mereka tidak suka mengharapkan belas simpati dari orang lain. Mereka tidak mengemis, ,malh harus terus berusaha dengan kudrat yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. 

                Apabila Abu Salih sudah mengingkat remaja niat dan harapan keluarga itu telah menjadi kenyataan. Abu Salih benar-benar telah menjadi seorang manusia yang bertaqwa , warak dan cinta kepada Allah s.w.t.

                Pada suatu hari, Abu Salih telah pergi ke stu daerah yang jauh dari kesibukan kota. Di situ, Abu Salih telah bertafakur seorang diri. Masa terus beredar sehingga Abu Salih meresakan perutnya sangat lapar. Tiba-tiba Abu Salih ternampak sebiji epal yang hanyuty dibawa arus mengambil buah epal itu lalu dimakannya sehingga habis. Tiba-tiba Abu Salih teringat akan sesuatu. Dia tidak meminta keizinan daripada tuan punya buah epal itu. Abu Salih berasa sangat bersalah. 

                Abu Salih bertekad untuk mencaru tuan punya buah epal itu. Lalu berjalanlah Abu Salih menyusuri sungai. Tidak lama kemudian, dia pun tiba di satu tempat. Abu Salih terlihat sepohon pokok epal di tepi sungai. Abu Salih yakin buah epal yang dimakanya tadi adalah dari pokok itu. 

                Di sana kelihatan sebuah rumah. Abu Salih terus pergi  ke rarh rumah itu dan memberi salam.  

“ Maafkan saya, boleh saya bertanya, siapakah pemilik pokok epal itu?” Tanya Abu Salih. 

“ Pokok epal itu adalah miliki saya,” kata orang tua itu. “ Sebenarnya, saya ingin meminta maaf kerana saya telah memakan sebiji buah epal yang jatuh ke dalam sungai. Saya berharap pakcik akan dapat menghlalkannya,” kata Abu Salih.

“ Baiklah! Pakcik akan menghalalkannya sekiranya kamu dapat memenuhi syarat pakcik,” kata orang tua itu. 

“ Syarat apa, Pakcik?” Tanya Abu Salih. 

“ Kamu mestilah berkahwin dengan anak pakcik yang cacat dan tidak sempurna, “ kata orang tua itu.

“ Anak pakcik dalah seorang gadis yang buta kedua-dua matanya, pekak telinganya dan mempunyai kaki dan tangan yang lumpuh,” kata orang tua itu lagi. 

“ Baiklah, saya bersetuju dengan syarat yang pakcik katakana itu,” kata Abu Salih.
Abu Salih bersetuju dan rela mengahwini gadis itu walaupun gadis utu cacat dan tidak sempurna. Abu Salih sedikit pun tidak menyesal perbuatanya itu asalkan kesalahannya dapat dimaafkan oleh orang tua tersebut. 

Perkahwinan Abu Salih dengan gadis itu pun dilangsungkan, pada malam itu, Abu Salih pun pergi ke bilik untuk bertemu dengan isterinya. Dia begitu terkejut kerana melihat gadis itu tidak cacat seperti yang dikatakan, sebaliknya gadis itu sangat cantik. 

Abu Salih seperti tidak percaya gadis yang dilihat itu adalah isterinya, orang tua itu memberitahu kepada Abu Salih bahawa gadis itu adalah anaknya. Selepas itu barulah orang tua itu menerangkan rahsia mengapa dia berkata anaknya buta, pekak dan lumpuh. 

Dia memberitahu bahawa anak gadisnya buta kerana dia tidak pernah melihat maksiat, telinganya pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata dusta dan bohong. Tangan dan kakinya lumpuh kerana tidak pernah menyentuh dan berjalan ke tempat yang dilarang oleh Allah s.w.t. 

Kini barulah Abu Salih faham dan mengerti akan kedudukan yang sebenarnya. Abu Salih dan isterinya hidup aman dan bahagia dan mereka telah di kurniakan seorang putera bernama Abdul Kadir Jilani yang bakal menjadi seorang wali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...